Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun SMT Kuala Kangsar 2010

Ahad, 11 Julai 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2010 telah selesai lebih kurang sebulan yang lepas, tahniah kepada guru-guru yang menunjukkan komitmen yang begitu membanggakan sehingga berjaya mengekalkan Gred Purata Matapelajaran pada aras 5.28 bagi tingkatan 4 dan 5.35 bagi tingkatan 5.





Di dalam entri ini, disertakan keputusan penuh GP untuk setiap kelas



Tingkatan 4







Tingkatan 5

Semoga keputusan peperiksaan ini akan menjadi perangsang untuk peperiksaan SPM 2010 yang bakal tiba. InsyaAllah

Mesyuarat guru kali pertama sesi 2010

Jumaat, 1 Januari 2010

Alhamdulillah mesyuarat guru kali pertama telah berlansung dengan baik dan bermanfaat sekali pada 30 dan 31 Disember 2009.

Mesyuarat tersebut di bahagikan kepada dua hari kerana pada hari pertama, ianya lebih kepada perancangan jangka pendek untuk tahun 2010 dan harapan tuan pengetua ke arah merealisasikan harapan untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang 2013.

Dalam mesyuarat pada 30 hb, antara intipati yang sempat saya catat ialah penegasan tuan pengetua mengapa harus SMTKKangsar menjadi sebagai sebuah sekolah cemerlang di Malaysia. Antara yang dinyatakan oleh tuan pengetua ialah
(a) Ianya merupakan tanggungjawab/AMANAH yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk semua warga pendidik untuk berusaha menjadikan sistem pendidikan Malaysia di terima dan diiktiraf oleh antarabangsa.
(b) Merupakan kehendak pelanggan. Menjadi kehendak ibu bapa dan pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Justeru itu ibu bapa sudah tentu akan mencari tempat yang dapat membentuk anak mereka menjadi seorang insan yang cemerlang.
(c) Potensi untuk bertambah maju
- apabila perkataan cemerlang sentiasa menjadi sebutan ianya adalah satu kaedah menetapkan minda ke arah menjadi bertambah maju
(d) Agenda bina negara
(e) "A pride to be no 1"
(f) satu pengiktirafan

Mesyuarat pada hari kedua banyak berkisar tentang J/K kurikulum sekolah dan pengurusan kokurikulum sekolah.

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan satu panitia agar kita dapat menjadi agen untuk merealisasikan hasrat tuan pengetua SMTKKangsar untuk menjadikan sekolah kita sebagai sekolah cemerlang pada tahun 2013....InsyaAllah

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Khamis, 22 Oktober 2009

Peperiksaan kertas Applied Science jatuh pada 04/11/2009 dan 06/11/2009

Diharapkan pelajar dan guru dapat bersedia untuk peperiksaan ini. InsyaAllah

Jadual Spesifikasi Ujian PAT 2009 Applied Science

Sabtu, 10 Oktober 2009

Mengikut takwim sekolah, peperiksaan akhir tahun 2009 akan dijalankan bermula dari 05 November hingga 18 November 2009.





Jadual Spesifikasi Ujian Peperiksaan Akhir Tahun 2009




Atau contoh templet JSU ini, boleh di muat turun disini

http://www.mediafire.com/?sharekey=5ab870285faaf97ec2b435915e8821d7e04e75f6e8ebb871

JSU ini mungkin hanyalah sebagai panduan dan boleh dipinda sehingga ke saat akhir proses penghasilan kertas soalan.

Ketua Panitia AppSC SMTKKangsar


Suasana di hari peperiksaan kertas Applied Science

Ahad, 13 September 2009

Pelajar dari kelas 5 Kimpalan dan Fabrikasi Logam tengah bertungkus lumus memerah otak..

Pelajar 5 Automotif tengah menenangkan fikiran

Sebelah kanan ialah suasana khusyuk pelajar 5 ABM







Dalam keletihan menjalani ibadah puasa ada pelajar yang tewas dengan dugaan tidur.....


Semoga anda semua akan beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM 2009. InsyaAllah





 
Panitia Applied Science SMTKKangsar. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger