Mesyuarat guru kali pertama sesi 2010

Jumaat, 1 Januari 2010

Alhamdulillah mesyuarat guru kali pertama telah berlansung dengan baik dan bermanfaat sekali pada 30 dan 31 Disember 2009.

Mesyuarat tersebut di bahagikan kepada dua hari kerana pada hari pertama, ianya lebih kepada perancangan jangka pendek untuk tahun 2010 dan harapan tuan pengetua ke arah merealisasikan harapan untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang 2013.

Dalam mesyuarat pada 30 hb, antara intipati yang sempat saya catat ialah penegasan tuan pengetua mengapa harus SMTKKangsar menjadi sebagai sebuah sekolah cemerlang di Malaysia. Antara yang dinyatakan oleh tuan pengetua ialah
(a) Ianya merupakan tanggungjawab/AMANAH yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk semua warga pendidik untuk berusaha menjadikan sistem pendidikan Malaysia di terima dan diiktiraf oleh antarabangsa.
(b) Merupakan kehendak pelanggan. Menjadi kehendak ibu bapa dan pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Justeru itu ibu bapa sudah tentu akan mencari tempat yang dapat membentuk anak mereka menjadi seorang insan yang cemerlang.
(c) Potensi untuk bertambah maju
- apabila perkataan cemerlang sentiasa menjadi sebutan ianya adalah satu kaedah menetapkan minda ke arah menjadi bertambah maju
(d) Agenda bina negara
(e) "A pride to be no 1"
(f) satu pengiktirafan

Mesyuarat pada hari kedua banyak berkisar tentang J/K kurikulum sekolah dan pengurusan kokurikulum sekolah.

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan satu panitia agar kita dapat menjadi agen untuk merealisasikan hasrat tuan pengetua SMTKKangsar untuk menjadikan sekolah kita sebagai sekolah cemerlang pada tahun 2013....InsyaAllah
 
Panitia Applied Science SMTKKangsar. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger